Monday, November 8, 2010

menyesal?

ko menyesal ke shada?
yes, i am.

aku patut lari bila aku ada peluang dulu. asal la ko bodo sgt shada oi! skrg ni ko nk start blk dah susah kot.. klu dr dulu, aku yakin ko dh tenang skrg ni!

Friday, October 8, 2010

TRUST is like a paper...

TRUST is like a paper...once it's crumpled it can't be perfect.
You can flatten the paper and try make it as straight as you want,
but..it will never be perfect again..

So, Fairuz (my evil housemate).. just get yourself killed or suicide or whatever, before i kill you with my own feet(why feet?)

Monday, August 30, 2010

Heaven yang heaven giler!

Heaven giler tido,
tapi tido tak dapat membawa kita ke heaven..

Maka, beramal lah wahai mukmin~

Merdeka, bukan Merdeka bagi aku..

Dulu Tanah Melayu pernah dijajah,
Dulu Malaysia pernah Merdeka,
Tapi sayang,
kini....Malaysia kembali dijajah..
Dijajah mindanya,
dijajah pemakaiannya,
dijajah perilakunya,
dijajah agamanya..

dimana melayu tidak lagi melayunya,
dimana Islam tidak lagi Islamnya..

Maka,
dengan merdekanya kali ini,
tidak dianggap merdeka bagi aku..



Nota Melekit: Seperti biasa, karya ini datang dari hati, seperti biasa karya ini datang dari pemikiran aku sendiri, seperti biasa karya-karya seperti ini datang ketika aku sedang mengantuk mahu tidur.. aduhai~

Thursday, August 26, 2010

Jalan Kerjaya Masih TIDAK Berubah!

Walaupun hari ni Selangor cuti Nuzul Al-Quran, tapi jalan menghala ke KL masih jem tak hengat.. sedangkan 2/3 dari Federal Highway adalah meliputi territory Selangor.

Maka dengan ini, disitiharkan......Faderal Highway TIDAK akan berubah!

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 25, 2010

Saya Sudah Besar

hah!! Baru nak sedar diri tu dah besar? Baru ak sedar diri tu dah tua? Baiklah, akhirnya aku sedar jugak yang usia aku semakin hari semakin tua walaupun aku tau yang aku nampak muda macam 21tahun, walau hakikat aku sudah 25 tahun. Kalau dulu time belajar, aku tak payah nak fikir-fikir pasal bil, (walaupun dari dulu aku pakai umobile postpaid & bayar bil internet sendiri), tapi bila dah berkerja rasa lain. Contohnya macam hari ni. Pagi-pagidatang opis da kecoh yang gaji dah masuk. Bagus le. Aku pun, ape lagi, lajuuuuu.... je tangan bukak maybank2u. Nah! Betul lah seperti yang digembar-gemburkan. Gaji dah masuk!! Hooreyyyy.. Jadi, bermulalah pagi ni tugas jari-jari aku ni untuk menklik2 sana dan sini untuk melangsaikan semua bil2 yang tertunggak.. habis setengah dari gaji aku untuk baya bil saja. Mak aiiii! Nampak gaya, terpaksa la aku postpone angan-angan aku nak beli Mercedes M5 sehingga ke bulan depan. Boleh?!

Apepun aku dah besar, sikit hari lagi jadi macam orang besar2, dah boleh akai M5..waahhahahahhah~

Sunday, August 22, 2010

bye2 stalker~

sesungguh blog baru aku ni mmg agak sunyi sket la.. lgpun still xramai lg yg tahu psl kemunculan blog yg baru ni, blog yg lama dh pun ditutup.. menyampesss aku dgn stalker2..wahahha...sorry stalker.. aku takkan sebut & maki2 ko dlm blog aku lagi sbb ko dh x penting dlm idop aku..sbb yg paling penting..AKU DAH MENANG!!! aku dapat dia (hak mutlak sepenuhnya, ko dapat?!!) wahahhaha.. kejam2~

Tuesday, August 3, 2010

Dari Designer ke Illustrator?

Dari Designer ke Illustrator? Betul ke? Boleh main tukar2 jawatan pulak?!! Tak! Tipu je. Haha. Cuma sekarang ini, memandangkan goyang kaki aku ini melebihi dari tahap Normal maupun Paranormal, maka Penyelia aku telah memberi kepada aku kerja2 Illustration ini. Dengan secara tiba-tiba, aku rasa yang aku TERberbakatlah pulak melukis dan mewarna ni. Tak percaya? Aku pun tak percaya. Lagi sekali aku tipu dan jangan percaya! OK.

Ini antara2 artwork aku. Disebabkan gambar yang diberi oleh Editor kualitinya dan resolutionnya layak dibuat lapik pinggan saja, maka aku dengan ketidakberbakatannya, melukis dan mewarna semula menggunakan Adobe Illustrator dan Photoshop. Kat bawah ni ada disertakan gambar Sebelum dilukis semula (reference yang diberi oleh editor) dan gambar Selepas (gambar yg duliks dan diwarnakan semula oleh aku).









So, secara tak sengaja ni aku merasakan yang aku ni seolah2 macam budak Medic pulak. Berpinar mata aku. Seterusnya, gambar di bawah ni pula icon yang dilukis dan diwarnakan semula oleh aku mengguna kan A.i, dan ditambah shadow menggunakan burn & dodge tool kat Photoshop. Icon ni aku buat untuk buku teks Bahasa Melayu dan lain2.







Amacam? Nampak macam senang kan? Sketch line mengguna mouse sahaja(kat meja aku takde wacom) & guna pencil tool yang free hand. Bukan pen tool yang sepatutnya lebih mudah tapi lambat.

UP & Down

If there's no UPs and DOWNs in life, I won't call it as being ALIVE. Trust me and look at our heart beat meter, it's shown. Hidup ni sentiasa ada turun naiknya, sentiasa ada dugaannya. Tatkala satu masalah terbang melayang, satu masalah lagi datang melintas. Dari hari ke hari, masalah akan bertabah. Maaf, typing error, yang aku maksudkan disini ialah bertambah. Tengok, kenapa Tuhan mentakdirkan aku tersalah taip, mudah sahaja. Tuhan memberikan aku petunjuk. Tidakkah ber'TABAH yang aku taip tadi. Ya, Tuhan menyampaikan pesanNya kepada aku baru sahaja beberapa saat yang lalu agar aku TABAH. Sesungguhnya dugaan ini datang dariMU, dan sesungguhnya dugaan ini pasti kerana kasih sayang Kau kepada ku. Aku redha. Kau berikan aku kebahagiaan, dan Kau beri aku dugaan dari segi kewangan pula. Ada sebab mengapa Kau uji aku sebegini rupa.

Pagi tadi, aku terjaga dari tidur dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk. Dalam keadaan mata terpejam, aku capai handset Sony Ericsson S500i aku yang begitu setia berbunyi setiap pagi, mengejutkan aku dari tidur. Aku sengaja setkan alarm aku di phone Sony Ericsson memandangkan aplikasinya yang mudah dan tidak menyusahkan aku untuk set alarm setiap hari. Lagipun, seperti biasa aku menggunakan nombor Hotlink ku yang tidak ber'kredit disitu, jadi kalau sudah tidak berkredit, susah tentu jarang pakai kan? Jadi sebagai tanda sayang dan tanda kasih kepada handset Sony itu, aku gunakan jugalah untuk set alarm setiap hari. Setelah handset sony ericsson aku mulai senyap, aku capai handset Nokia E63 pula. Aku menekan butang hijau. Disenarai atas sekali sudah pasti terpampang nama S a y a n g. Siapa lagi kalau bukan kekasih aku yang aku sayang2 itu kan. Aku menekan butang hijau untuk mendail. Pangg!!!! Sebagai satu tamparan hebat. Darah rendah aku kini sudah bertukar ke Darah Tinggi. Pagi2 sudah terpaksa mendengar suara perempuan itu, "Your outgoing call has been barred. Please call @#$%% jadah for any &%%#$jadah"... Tok nek dia!!!!!! Aku baru sahaja bayar bill Umobile aku last week. Kalau tak silap baki hutang aku dengan Umbile cuma rm50 je lagi, kenapa nak Bar pulak. Jadi, aku call ^%$^&**jadah itu dan memaki hamun ^&&&^^((&^$ umobile. bill aku boleh meningkat ke rm250. KOROK MU!!! Setiap kali umobile call mesti amount yang aku kena bayar lain-lain. Ape, umobile sekarang dah tak bayar sewa bulan2 lagi ke? bayar sewa hari2 plak sekarang? bODOHHHH!! dah la semalan aku terpaksa korbankan duit makan aku untuk sebulan semata2 nak bayar bill telefon mak aku yang entah mana datangnya. Umobile jugak. Padahal number tu dah terminate, plus tak pernah diaktifkan pun, borang pun tak abis isi. Tiba2 kena bayar rm900. Oh, ya. Aku lupa. Mak abah aku kan banyak ladang gandum, ladang kurma dan kilang songket. Dah dekat-dekat nak raya ni mesti la banyak income masuk. So, apa lagi, jom kita habiskan duit mak abah dia!! Kepala otak ko, yang kena berhabis duit aku jugakkkkk laaa!!!

dah la..bad mood datang balik..takde mood nak sambung tulis blog. Bye.

Sampai Kapan?

First of all, tajuk entry kali ini langsung tiada kena mengena dengan kain kapan, malah tidak langsung menyentuh mengenai mati. Yang pasti, entry kali ini aku menekan-nekan keyboard...maaf, sebenarnya ayat yang betul ialah menekankan. Aku ingin menekankan mengenai kapan yang berbeza, atau jika ditranslatekan ke bahasa melayu purba, ia membawa maksud "Bila".. Ya, Sampai Bila? Sampai bila apakah? Sampai bila aku nak hidup, dan mati? Salah, entry ini memang mengenai hidup, tapi bukan mengenai mati. Kalau ada pun mengenai mati, mungkin akan aku selitkan serba sedikit mengenai nyamuk yang mati atau cara-cara memasak ikan yang mati dengan sedap untuk juadah berbuka puasa nanti. Namun, memandangkan kita cuma akan berpuasa dua minggu dari sekarang, jadi aku simpan dahulu resepi tersebut. Sudahlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak merepek tak larat aku nak backspace. Jadi, aku teruskan saja dengan motif entry ini ditulis diketika aku sedang bekerja di pejabat, sambil meminimize tab Safari ini sekecil yang mungkin, yang hanya pandangan mata aku saja yang nampak. Sumpah, kalau bos aku nampak jugak tab Safari ni, memang dia panjang umur betul.. Nampak, aku merepek lagi. Ingin saja aku menerajang diri aku sendiri tapi tak sampai hati. Ok, aku tak merepek lagi dah.

Sampai Bila? ya, sampai bila aku akan duduk di opis sambil mengira-ngira hutang dengan menggunakan pen merah. Ternyata kertas A4 dekat opis ni terlalu lah banyak stoknya untuk aku persiakan. Jadi, aku gunakan untuk menulis hutang piutang, bil-bil dan belanja bulanan aku, hampir setiap hari, kecuali sabtu dan ahad, kerana ketika itu aku berada dirumah dan sudah pasti dirumahku tiada pen merah dan sejujurnya akan berbazir lah pula kertas A4 di opis kalau tidak digunakan. Jadi, kerana itulah aku lebih rajin mengira akaun bulanan aku di opis saja. Sekarang kalian sudah jelas kan kenapa aku mengira di opis? Baiklah, kita teruskan bercakap mengenai hutang2 ku. Gaji aku di Dawama yang menjadi adik tiri Dewan Bahasa dan Pustaka ini sebenarnya sudah cukup banyak untuk beginner seperti aku, sudah mampu jika mau pakai BMW M5 barangkali. Cuma aku saja yang tak heran dengan BMW M5 itu. Yang menjadikan aku tidak keruan sekarang ini adalah untuk melangsaikan hutang piutang yang makin hari makin meninggi, kalau dikira ketinggiannya mengikut meter persegi, ternyata gunung everest pun mungkin akan merendah diri jika terfikirkan hutangku yang sumpah banyak tak hengat. Setiap bulan, gaji aku cuma tinggal beberapa puloh sen saja, nasib aku ni bijak pandai kerana telah mengasingkan duit minyak kereta, tol dan parking untuk sebulan. Kalau tidak, mungkin aku akan menjadi staff pertama Dawama yang bekerja secara jarak jauh ataupun online. Tiap2 hari ber'sykpe dengan editor. Macam bernas idea ni kan? Baiklah, sebentar lagi aku akan usulkan cadangan bernas ini kepada en.rafizam, atau mungkin terus suggest dgn En. Wan barangkali.

Baiklah, sebelum cadangan bernas aku ni disia-siakan begitu saja, moh le.. aku segera menemui bos.

Salam~

Wednesday, July 28, 2010

Kerana Mu Gaji..

Setinggi-tinggi terima kasih sebab gaji tak masuk lagi. Nampak tak aku menyindir. Berbudi bahasa kan?

Dengan ketiadaan gaji, senang cerita, berbekalkan 20 ringgit dalam poket, aku makan apa yang ada. Orang miskin pun ada duit nak makan, apetah lagi aku yang lagi miskin. Prolog semata-mata.

Gaji oh Gaji! Kehadiranmu ku nanti bukan kerana aku nak berbelanja sangat yang persis Britney spears lagaknya. Tapi, aku cuma nak langsaikan semua hutang piutang dan bil-bil. Keranamu gaji, aku kini dah pandai berhutang, kerana mu gaji, tiap2 minggu Umobile rindu dengan aku. Tak habis2 call cakap I miss u. ok, i miss u too~

ya. Ternyata selepas dibayar semua hutang & bil tertungging (perkataan tertunggak dah tak sesuai lagi nak mentafsirkan nilai bil2 aku)..yang tinggal hanya rm300 untuk belanja & makan.. Cukup tak? Sehari sepuluh ringgit. Oh ya, mak aku begitu indah berkata2,

"gaji pertama ni, pergi belikn baju raya & tudung untuk nenek",

aku dengan bangga menjawab, " beresssss"

so, tambah tolak, bahagi, darab, kemudian di punca kuasa dua kan.. Di jangka nilai komposit duit belanja aku akan jatuh kepada rm150 setengah saja untuk 30 hari..wahhh..dah cukup kaya dah tu, ok la tu dari tak ada kan?! Nampak, sekali aku menyindir.

sehingga kini, gaji masih tak reti2 nak balik umah(wallet aku).. ,mane kau gaji? maukah aku iklan kan saja kehilangan mu di dada2 akhbar. Barulah fofular dirimu, mengalahkan Ziana Zain.

Tinta Sengkek:
Hari ni laki aku masak mee goreng mamak sedappppp gilerrrr!!! Thanks Kitty~

Monday, July 19, 2010

25 tahun sudah?!!

Selama Hari Jadi untuk diri aku sendiri..pejam celik, pejam celik..dah 25 tahun dah aku, bak kata orang, dah wajib kahwin dah pun..hmm..InsyaAllah tak lama lagi..harap2 jadi lah...dua2 belah parent dah semangat gila dah ni..family aku dah hebah satu Malaysia..siap sempat buat karangan buku lagi..yang pihak lelaki dah bercerita sampai ke Turki, sampai ke Iraq dahni..haha..mcm tu la ironi nya semangat ibu2 dan bapa2 bila nk sambut menantu pertama..dua2 pihak lak tuh..adeh..~

sudah la, berbalik kpd topik asal. Thanks to my love sebab selama kami bersama, ni lah 1st time aku sambut birthday dgn dia, yg past 3 years tu, jgn tanya la mana dia..tu semua kisah lama, yang aku nak buang jauh2..yang penting skrg ni, aku happy dgn life aku, wlau masih dengan insan yang sama, aku tetap bahagia & semakin bahagia dari hari ke hari.. Bila teringatkan kisah lama, semalam aku mennagis depan Dia.. bukan sebab aku sedih dgn kisah lama yg skali -sekala masih menghantui..tapi, aku menagis kegembiraan kali ni..Syukur ke hadrat Illahi..

Apepun, thanks for the present my dear..and thanks for my new nick (manja2) name..hehhe..i love it~

Tinta Sipi2: thanks kepada yang wish birthday aku, kawan2, family..terutama kat abg faizan yg dr sekolah x pernah miss wish birthday aku walaupun skrg ni dh kawen n beranak pinak..hahaha...juga kat Lin Aj..ingat jugak kt mama eh..n ramai lg la..x tersebut klu aku nak buat list kat sini..harus yg baca i tido je baca list nama satu persatu..heheh~

Dari meja Pereka: hmm..pagi2 datang tgk meja aku bersepah, hati yg terluka aritu & smlm belum reda lg, dh pt satu lg hal..hmm..meja bersepah sbb tak sengaja @ sebaliknya..Tuhan saje tau..aku serah kepada Mu yang Allah..Kuatkan hati ku~

Saturday, July 17, 2010

Buku Katak!

Khamis Aritu en. rafizam a.k.a aaron aziz dah luluskan design aku, tapi katanya, after dia balik dari bengkel nanti dia nak tengok lagi satu design proposal untuk PJK punya cover buku..hmm, tak sempat 3,4 hari, semalam (jumaat) aku buat cover dalam masa sejam je..alaa..just touch up sikit2 je dari design sebelum ni..

Sampai petang, aku kusyuk buat Buku Judul Am: Amfibia Sabah..buku ni pasal katak..euwwww...pantang gila aku, aku dah la geli tgk katak..naik merah muka aku yg gelap ni design layout buku tu..adeh la..

Tuesday, July 13, 2010

Buku Teks: Pendidikan Jasmani

Aku diberi tanggungjawab untuk merekabentuk kulit buku untuk buku teks pendidikan jasmani tahun 1.. Perkara baru bagi aku, aku terpaksa menyelami dunia kanak2 riang semata2 ingin menghasilkan rekabentuk kulit yang fun, menarik, cantiik, tertarik kau memang da bom..hehe ;-)

Task ni diberikan kepada aku isnin,,setengah jam sebelum balik kerja pukul 5.30, ape2 pun aku dapat siapkan semuanya dalam jangka nasa satu hari sahaja.. tak sangka plak cepat siap kan..padahal, mula2 dapat job tu aku sedikit nervous..takut design aku tak menepati citarasa bos..huhu..nasib baik Incik Aeron Aziz tu suka..hehe..selamattt ;-)

Ni antara design yang aku buat..sempat buat 2 design je..ok la tu dr xde langsung kan..heheh..

ni la antara design yg aku buat..





Proposal 1



Proposal 2



ni la icon2 yg aku kena gunakan utk menjayakan kulit buku ni..


Tinta Nak Habis:
Sekarang ni tgh lunch time, aku lapar giler..hehehe...tp terpaksa la tahan..duit takdak..makan cucur je..tp tak abis..hmm..so, untuk hilangkan rasa lapar ni, aku layan movie sorang2 kat office..

Monday, July 12, 2010

Buku Judul Am, was a good start ;-)

Ketika melangkahkan kaki ke Dawama, aku sudah bersedia segala parang, pisau, mesin potong rumput (hehe..nak buat ape?)..sesungguhnya semua ini sebagai senjata yang mungkin dapat membantu aku bertahan lama berkerja disini..itu yang aku harapkan..harap2 aku tak la lari malam macam staff2 sebelum2 ni yang tak tahan dengan bebanan kerja di Dawama.. kencing malam takpe kot? hehhehe..



Ni la antara Kulit Buku Judul Am yang dah aku design selama aku bekerja @ Dawama ni.. biasa2 je.. tak cantik pun..



Ni la desk aku kat office..biasa2 je..simple..berbekalkan eMac lama..huhu..


sudah berakhir episod buku judul Am buat masa sekarang ni, sbb aku dah mula start buat buku teks..mean while, aku buat cover untuk Buku Pendidikan Jasmani..interesting sgt..nanti aku akan update kemudian..

Ketika Ini...

Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika ini. Tiada apa yang dapat memaksa aku dari terus tersenyum saat ini.

Kebahagiaan, sesuatu yang dahulu begitu aku dambakan.

Kini, Alhamdulillah, Tuhan memperkenankan hajat ku. Berkat sabar, berkat doa, aku diberi peluang olehNya merasai keindahan hidup ini sekali lagi.

Ketika ini, kegilaan aku terhadap dunia yang indah ini, akan sentiasa menjadikan aku lebih berani, berani dari sebelumnya.
Amin.


Tinta Sipi2:
Kerja-kerja aku di Dawama masih berjalan lancar, tak sibuk sangat.. semoga ianya berkekalan (jangan harap lah..haha..)

Sunday, July 11, 2010