Showing posts with label Dari Meja Pereka. Show all posts
Showing posts with label Dari Meja Pereka. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Dari Designer ke Illustrator?

Dari Designer ke Illustrator? Betul ke? Boleh main tukar2 jawatan pulak?!! Tak! Tipu je. Haha. Cuma sekarang ini, memandangkan goyang kaki aku ini melebihi dari tahap Normal maupun Paranormal, maka Penyelia aku telah memberi kepada aku kerja2 Illustration ini. Dengan secara tiba-tiba, aku rasa yang aku TERberbakatlah pulak melukis dan mewarna ni. Tak percaya? Aku pun tak percaya. Lagi sekali aku tipu dan jangan percaya! OK.

Ini antara2 artwork aku. Disebabkan gambar yang diberi oleh Editor kualitinya dan resolutionnya layak dibuat lapik pinggan saja, maka aku dengan ketidakberbakatannya, melukis dan mewarna semula menggunakan Adobe Illustrator dan Photoshop. Kat bawah ni ada disertakan gambar Sebelum dilukis semula (reference yang diberi oleh editor) dan gambar Selepas (gambar yg duliks dan diwarnakan semula oleh aku).









So, secara tak sengaja ni aku merasakan yang aku ni seolah2 macam budak Medic pulak. Berpinar mata aku. Seterusnya, gambar di bawah ni pula icon yang dilukis dan diwarnakan semula oleh aku mengguna kan A.i, dan ditambah shadow menggunakan burn & dodge tool kat Photoshop. Icon ni aku buat untuk buku teks Bahasa Melayu dan lain2.







Amacam? Nampak macam senang kan? Sketch line mengguna mouse sahaja(kat meja aku takde wacom) & guna pencil tool yang free hand. Bukan pen tool yang sepatutnya lebih mudah tapi lambat.

Saturday, July 17, 2010

Buku Katak!

Khamis Aritu en. rafizam a.k.a aaron aziz dah luluskan design aku, tapi katanya, after dia balik dari bengkel nanti dia nak tengok lagi satu design proposal untuk PJK punya cover buku..hmm, tak sempat 3,4 hari, semalam (jumaat) aku buat cover dalam masa sejam je..alaa..just touch up sikit2 je dari design sebelum ni..

Sampai petang, aku kusyuk buat Buku Judul Am: Amfibia Sabah..buku ni pasal katak..euwwww...pantang gila aku, aku dah la geli tgk katak..naik merah muka aku yg gelap ni design layout buku tu..adeh la..

Tuesday, July 13, 2010

Buku Teks: Pendidikan Jasmani

Aku diberi tanggungjawab untuk merekabentuk kulit buku untuk buku teks pendidikan jasmani tahun 1.. Perkara baru bagi aku, aku terpaksa menyelami dunia kanak2 riang semata2 ingin menghasilkan rekabentuk kulit yang fun, menarik, cantiik, tertarik kau memang da bom..hehe ;-)

Task ni diberikan kepada aku isnin,,setengah jam sebelum balik kerja pukul 5.30, ape2 pun aku dapat siapkan semuanya dalam jangka nasa satu hari sahaja.. tak sangka plak cepat siap kan..padahal, mula2 dapat job tu aku sedikit nervous..takut design aku tak menepati citarasa bos..huhu..nasib baik Incik Aeron Aziz tu suka..hehe..selamattt ;-)

Ni antara design yang aku buat..sempat buat 2 design je..ok la tu dr xde langsung kan..heheh..

ni la antara design yg aku buat..





Proposal 1



Proposal 2



ni la icon2 yg aku kena gunakan utk menjayakan kulit buku ni..


Tinta Nak Habis:
Sekarang ni tgh lunch time, aku lapar giler..hehehe...tp terpaksa la tahan..duit takdak..makan cucur je..tp tak abis..hmm..so, untuk hilangkan rasa lapar ni, aku layan movie sorang2 kat office..

Monday, July 12, 2010

Buku Judul Am, was a good start ;-)

Ketika melangkahkan kaki ke Dawama, aku sudah bersedia segala parang, pisau, mesin potong rumput (hehe..nak buat ape?)..sesungguhnya semua ini sebagai senjata yang mungkin dapat membantu aku bertahan lama berkerja disini..itu yang aku harapkan..harap2 aku tak la lari malam macam staff2 sebelum2 ni yang tak tahan dengan bebanan kerja di Dawama.. kencing malam takpe kot? hehhehe..



Ni la antara Kulit Buku Judul Am yang dah aku design selama aku bekerja @ Dawama ni.. biasa2 je.. tak cantik pun..



Ni la desk aku kat office..biasa2 je..simple..berbekalkan eMac lama..huhu..


sudah berakhir episod buku judul Am buat masa sekarang ni, sbb aku dah mula start buat buku teks..mean while, aku buat cover untuk Buku Pendidikan Jasmani..interesting sgt..nanti aku akan update kemudian..