Setinggi-tinggi terima kasih sebab gaji tak masuk lagi. Nampak tak aku menyindir. Berbudi bahasa kan?
Dengan ketiadaan gaji, senang cerita, berbekalkan 20 ringgit dalam poket, aku makan apa yang ada. Orang miskin pun ada duit nak makan, apetah lagi aku yang lagi miskin. Prolog semata-mata.
Gaji oh Gaji! Kehadiranmu ku nanti bukan kerana aku nak berbelanja sangat yang persis Britney spears lagaknya. Tapi, aku cuma nak langsaikan semua hutang piutang dan bil-bil. Keranamu gaji, aku kini dah pandai berhutang, kerana mu gaji, tiap2 minggu Umobile rindu dengan aku. Tak habis2 call cakap I miss u. ok, i miss u too~
ya. Ternyata selepas dibayar semua hutang & bil tertungging (perkataan tertunggak dah tak sesuai lagi nak mentafsirkan nilai bil2 aku)..yang tinggal hanya rm300 untuk belanja & makan.. Cukup tak? Sehari sepuluh ringgit. Oh ya, mak aku begitu indah berkata2,
"gaji pertama ni, pergi belikn baju raya & tudung untuk nenek",
aku dengan bangga menjawab, " beresssss"
so, tambah tolak, bahagi, darab, kemudian di punca kuasa dua kan.. Di jangka nilai komposit duit belanja aku akan jatuh kepada rm150 setengah saja untuk 30 hari..wahhh..dah cukup kaya dah tu, ok la tu dari tak ada kan?! Nampak, sekali aku menyindir.
sehingga kini, gaji masih tak reti2 nak balik umah(wallet aku).. ,mane kau gaji? maukah aku iklan kan saja kehilangan mu di dada2 akhbar. Barulah fofular dirimu, mengalahkan Ziana Zain.
Tinta Sengkek:
Hari ni laki aku masak mee goreng mamak sedappppp gilerrrr!!! Thanks Kitty~
No comments:
Post a Comment