Dari Designer ke Illustrator? Betul ke? Boleh main tukar2 jawatan pulak?!! Tak! Tipu je. Haha. Cuma sekarang ini, memandangkan goyang kaki aku ini melebihi dari tahap Normal maupun Paranormal, maka Penyelia aku telah memberi kepada aku kerja2 Illustration ini. Dengan secara tiba-tiba, aku rasa yang aku TERberbakatlah pulak melukis dan mewarna ni. Tak percaya? Aku pun tak percaya. Lagi sekali aku tipu dan jangan percaya! OK.
Ini antara2 artwork aku. Disebabkan gambar yang diberi oleh Editor kualitinya dan resolutionnya layak dibuat lapik pinggan saja, maka aku dengan ketidakberbakatannya, melukis dan mewarna semula menggunakan Adobe Illustrator dan Photoshop. Kat bawah ni ada disertakan gambar Sebelum dilukis semula (reference yang diberi oleh editor) dan gambar Selepas (gambar yg duliks dan diwarnakan semula oleh aku).
So, secara tak sengaja ni aku merasakan yang aku ni seolah2 macam budak Medic pulak. Berpinar mata aku. Seterusnya, gambar di bawah ni pula icon yang dilukis dan diwarnakan semula oleh aku mengguna kan A.i, dan ditambah shadow menggunakan burn & dodge tool kat Photoshop. Icon ni aku buat untuk buku teks Bahasa Melayu dan lain2.
Amacam? Nampak macam senang kan? Sketch line mengguna mouse sahaja(kat meja aku takde wacom) & guna pencil tool yang free hand. Bukan pen tool yang sepatutnya lebih mudah tapi lambat.
No comments:
Post a Comment