If there's no UPs and DOWNs in life, I won't call it as being ALIVE. Trust me and look at our heart beat meter, it's shown. Hidup ni sentiasa ada turun naiknya, sentiasa ada dugaannya. Tatkala satu masalah terbang melayang, satu masalah lagi datang melintas. Dari hari ke hari, masalah akan bertabah. Maaf, typing error, yang aku maksudkan disini ialah bertambah. Tengok, kenapa Tuhan mentakdirkan aku tersalah taip, mudah sahaja. Tuhan memberikan aku petunjuk. Tidakkah ber'TABAH yang aku taip tadi. Ya, Tuhan menyampaikan pesanNya kepada aku baru sahaja beberapa saat yang lalu agar aku TABAH. Sesungguhnya dugaan ini datang dariMU, dan sesungguhnya dugaan ini pasti kerana kasih sayang Kau kepada ku. Aku redha. Kau berikan aku kebahagiaan, dan Kau beri aku dugaan dari segi kewangan pula. Ada sebab mengapa Kau uji aku sebegini rupa.
Pagi tadi, aku terjaga dari tidur dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk. Dalam keadaan mata terpejam, aku capai handset Sony Ericsson S500i aku yang begitu setia berbunyi setiap pagi, mengejutkan aku dari tidur. Aku sengaja setkan alarm aku di phone Sony Ericsson memandangkan aplikasinya yang mudah dan tidak menyusahkan aku untuk set alarm setiap hari. Lagipun, seperti biasa aku menggunakan nombor Hotlink ku yang tidak ber'kredit disitu, jadi kalau sudah tidak berkredit, susah tentu jarang pakai kan? Jadi sebagai tanda sayang dan tanda kasih kepada handset Sony itu, aku gunakan jugalah untuk set alarm setiap hari. Setelah handset sony ericsson aku mulai senyap, aku capai handset Nokia E63 pula. Aku menekan butang hijau. Disenarai atas sekali sudah pasti terpampang nama S a y a n g. Siapa lagi kalau bukan kekasih aku yang aku sayang2 itu kan. Aku menekan butang hijau untuk mendail. Pangg!!!! Sebagai satu tamparan hebat. Darah rendah aku kini sudah bertukar ke Darah Tinggi. Pagi2 sudah terpaksa mendengar suara perempuan itu, "Your outgoing call has been barred. Please call @#$%% jadah for any &%%#$jadah"... Tok nek dia!!!!!! Aku baru sahaja bayar bill Umobile aku last week. Kalau tak silap baki hutang aku dengan Umbile cuma rm50 je lagi, kenapa nak Bar pulak. Jadi, aku call ^%$^&**jadah itu dan memaki hamun ^&&&^^((&^$ umobile. bill aku boleh meningkat ke rm250. KOROK MU!!! Setiap kali umobile call mesti amount yang aku kena bayar lain-lain. Ape, umobile sekarang dah tak bayar sewa bulan2 lagi ke? bayar sewa hari2 plak sekarang? bODOHHHH!! dah la semalan aku terpaksa korbankan duit makan aku untuk sebulan semata2 nak bayar bill telefon mak aku yang entah mana datangnya. Umobile jugak. Padahal number tu dah terminate, plus tak pernah diaktifkan pun, borang pun tak abis isi. Tiba2 kena bayar rm900. Oh, ya. Aku lupa. Mak abah aku kan banyak ladang gandum, ladang kurma dan kilang songket. Dah dekat-dekat nak raya ni mesti la banyak income masuk. So, apa lagi, jom kita habiskan duit mak abah dia!! Kepala otak ko, yang kena berhabis duit aku jugakkkkk laaa!!!
dah la..bad mood datang balik..takde mood nak sambung tulis blog. Bye.
No comments:
Post a Comment